A Tribute For Momoy’s Passing

Beberapa hari lepas, aku create a tribute untuk Momoy tersayang dalam blog aku yang lagi satu - The Fluffies.

Terharu sangat bila aku dapat banyak ucapan takziah dari kawan2 kerana pemergian Momoy. Ada yang anta sms, email, publish dalam LYN forum dan komen dalam blog The Fluffies tu. Berita pemergian Momoy tu turut disiarkan dalam sebuah blog lain oleh Elfreakz, seorang blogger dan pencinta kucing yang sejati. Ni dia blog beliau ElFreakzter

Terima kasih, Elf. Sob sob.. Aku sangat terharu…!

p/s : “Interested to view our blog and become one of our new blogging frens? Just drop ur comment in our blog and we will reach u soon, we promise. Ahah, don’t forget to include ur email or website address when u visiting our blog. Thank u!” - The Fluffies Mom.

http://thefluffies.wordpress.com

Rindunya Kat Momoy :’(

... her new customed ID tag we ordered 2 months ago.. we received it a few days before she died :(

... her new customed ID tag we ordered 2 months ago.. we received it a few days before she died :(

Aku kehilangan Momoy 10 hari selepas pembedahan buang pyometra tu. I feel terribly sad inside.. Tapi tak tau kenapa lately ni aku susah nak express perasaan aku.

Aku tau yang skang ni aku tengah sedih yang sangat2. Mau tidaknya, sebelum tidur mesti teringat kat Momoy. Bangun pagi pun mesti terpikir tentang dia. Kebanyakan masa, aku habiskan dengan tgk balik rakaman video Momoy sejak kecik sampai dia besar, tgk gambar2 dia.. Tapi ntah nape, kesedihan tu tak boleh nak diluahkan.. aku macam dah tak boleh nak menangis. Nape ek?

Aku cuba ubat kesedihan tu by bermain with Jebat, the new kitten tu..

Aku dan si Jebat

Aku dan si Jebat

Aku dan si Jebat lagi...

Aku dan si Jebat lagi...

Tapi perasaan tu tak sama macam masa aku dengan Momoy. Rindu sangat2 nak peluk tubuh montel Momoy.

Photo Momoy beberapa hari lepas her 1st Gotcha Day Anniversary..

Photo Momoy beberapa hari lepas her 1st Gotcha Day Anniversary..

Rindu segala-galanya tentang Momoy.. Ahhhhhh…. susahnya berperang dengan emosi sendiri..

High School Kluang 1994-1996

Sekolah Tinggi Kluang

Sekolah Tinggi Kluang

Aku penah blaja kat skola ni msa Form 1 sampai le lepas dapat result PMR (kelas RK2). Pas PMR je, sempat belaja sekejap kat kelas 4ST1, pastu terus ke Mrsm Muar. Tapi malangnya, ramai yang tak ingat kewujudan aku kat skola tu.. Maklumlah, tak glamer.. Low profile gitu! :P
Tak banyak kenangan aku di zaman2 nakal dan comot itu.. Tapi kenangan yang takleh lupa ialah masa form 1, aku kena rotan dengan si Izwan, ketua kelas kami yang bulat pendek tu sambil disaksikan klasmet2 lain dan Cikgu Budin, cikgu displin skola time tu. Tu semua gara2 aku fail paper math yang diajar oleh Cikgu Budin.. Ehek.. Napelah time tu aku tak terpikir nak buat drama nangis dan meraung kuat2 masa kena rotan tu ek.. Kalau aku buat camtu, sah2 aku akan glamer dan diingati sampai skang. Tapi, nak nangis kuat2 camne kalau ketua kelas aku yang bulat pendek tu rotan tak sakit langsung! Rotan2 sayang le kot..

Masa form 2 pulak, aku admired gila kat ketua pengawas skola. Sazri namanya. Matured orangnya, blaja pun skor selalu. Selalu je aku bodek Cikgu Razilah supaya dapatkan markah test dan exam Sazri. Kononnya nak buat sumber inspirasi. But it worked! Aku memang rajin blaja time skolah dulu tau gara2 nak lawan result Sazri. Poyos…

Owh, lupa plak.. ada satu lagi kenangan yang aku takleh lupa masa form 2. Time tu, kitorang diwajibkan solat asar kat surau. Aku dan besfren2 aku si Yatie Yeop, Elly Samat dan Ruzi dengan beberapa klasmet yang lain time tu pura2 cuti solat. Dahlah pura2 cuti, buat bising kat koridor kelas. Kebetulan pulak Cikgu Budin lalu… Cikgu Budin soh kitorang berbaris mengadap budak2 lelaki yang baru balik sembahyang dari masjid sebelah sekolah…

Peh, dahlah kami ni semuanya pompuan, masing2 kena debik kat belakang badan dengan back-hand Cikgu Budin. Nasib baik la tak tersembam kat dalam longkang kecik depan kelas tu. Kalau tak.. ntah bape lapis malu yang kami dapat.. keh keh keh.. Tambah malu bila time aku kena debik tu, boyfren ‘puppy love’ aku si Reza Ezzaden tu lalu kat situ. Nah, amek kau.. Tu le gara2 nak ponteng sembahyang sangat…! Kat dunia dah dapat balasan.. tapi tu pun masih belum boleh buat kami insaf.. Sebaliknya semakin poyo melayari dunia remaja kami :mrgreen:

Time form 3 lagi poyo. Time orang lain masuk kelas blaja sungguh2, aku suka betul ponteng kelas. Tapi ponteng kelas bukan sebarangan tau.. ponteng kelas siapkan mural skola. Aku suka mural. Member aku si Adli Syamsul tu memang terer melukis mural. Tengok mural dia, gerenti jatuh chenta.. tengok orangnya, kensel… kensel..! Muahahaha.. gurau je, Li… Li, mak aku selalu tanya ko ngn Yatie Yeop tu berchenta ke.. Puas aku menafikan sampai skang, tapi dia masih insists cakap korang berdua serasi bersama. Cheit!

Untuk besfren2 aku si Yatie Yeop, Elly Samat, Ruzi, Fuadah, Hezelin dan Adli Syamsul, u guys rock!! Untuk abang angkat aku, Abang Isma, thanx atas berkoyan2 nasihat yang dicurahkan kat aku demi untuk menjadikan aku remaja berguna. Untuk adik angkat tersayang, Akmal Fadzil, i love u my little cutie pie..! Untuk Yati Jabar, aku rindu membaca novel2 chenta kamu. Untuk senior2 form 5 yang jeles dengan kecomelan dan ke-faymous-an aku dan kawan2 aku ketika zaman itu, thanx for listing us in the Most B****y Junior. Untuk puppy love aku si Reza Ezzaden, awww u are too sexy to be forgotten ;) Dan untuk cikgu2 High School Kluang, u guys are the best!! And I love Cikgu Budin!!! Cikgu Budin rockzzz!!!

p/s : aku harap sangat dapat kongsi gambar2 aku masa zaman ni.. aku sangat comel ketika itu *wink wink* … tapi sayangnya, album2 tu semua kt umah parents aku di Johor. Tatau wujud lagi ke tak… huhuhu..

Nak Makan Angin Laa..

Watching Mudtrekker in Trippin’ and Destinasi Budget with Qi makes me think i need a holiday for myself too.. I still have time to get high in life (pehh.. macam tukang pomot digi plaks..) Nanti kang kalo dah sibuk dengan komitmen lain, lagilah susah nak manjakan diri sendiri pegi jalan2 makan angin, kan.. Ish, tapi aku teringin sangat sangat sangat nak join mudtrekker la..

Tapi takde member la nak berjalan2.. Si umie aqub tu skang membuyung.. Mahani pulak jauh seberang laut. Aida sibuk dengan Part 2 studies, abih tu nak jalan2 dengan sape?!! Sape?!!

Ehem.. Sahabatku Mr Adli Adnan, pekata ko saje yang bawak aku jalan2 makan angin atas awan? Ada buley? Tiket flite free pun buley? Kalau camtu, ikut ko ke UAE terus pun buley gak ey? Hehehe…

Everything Is Over

Tentu ada antara korang yang musykil bila aku menukar nama blog aku dari Broken Heart Weeping Soul ke blog yang baru ni kan? Tambahan pulak, ada yang tertanya2 mana pegi isi blog aku yang lepas2.

“Wah, neq turn out to a new leaf,” Well.. maybe. Maybe not!

Yang sebenarnya, aku dah jumpa dengan apa yang aku cari selama ni. Dan saat ini, aku dah berada di penamat pencarian aku. Aku dah jumpa dengan orang yang aku yakin boleh membahagiakan aku, yang boleh menjadi ’saviour’ dalam hidup aku.. Tapi maybe aku sebenarnya yang takde luck dalam bercinta. Orang yang aku cari selama ni, tak ditakdirkan untuk menjadi milik aku. Ahh, tak kisahlah.. At least dia menjadi ’saviour’ untuk orang lain. Dan cinta ni, biarlah jadik cinta dalam hati.. Chewahhh…

Yelah kan, buat apa nak bersedih. Takkan aku nak meraung separuh mati.. Or turn myself into a psycopath gothic babe yang melayan perasaan depress dengan lagu2 The Smith dan Morrisey? Heh, itu untuk orang yang lemah je. Itu bukan jalan penyelesaian. Sebab mati hidup balik pun, takkan mampu mengubah apa2 kalau dah itu yang ditakdirkan untuk kita. Bukan aku tak menangis, bukan aku tak bersedih. Aku dah cukup bersedih. Selama lebih 2 tahun aku cuba mendapatkan kepastian dari si dia. Sepanjang 2 tahun lebih tu, aku dah cukup menangis sampai dah tak boleh nak keluar air mata lagi.

Jadi, lepas aku dah dapat jawapan pasti dari si dia, patut ke aku menangis lagi? Patut ke aku bersedih lagi? Aku sepatutnya jadi lebih lega. Sebab beban yang ditanggung oleh hati aku selama ni, dah pun terlepas dari membelenggu hidup aku. So, apa nak disedihkan lagi?

And if i can sell my soul, all i wish is to erase all memories about u..

And if i can sell my soul, all i wish is to erase all memories about u..

Emergency! Emergency!!

Haih! Busy weekdays. Busy banget nih! Mana nak pikir keje, mana nak terkejar ke Klinik Hazlim untuk merisik keadaan Momoy. Masuk semalam dah 3 hari Momoy dimasukkan ke ‘wad’ Klinik Hazlim. Kesian tengok keadaan dia.

Hari Isnin aritu, masa meeting baru je nak mula, aku dapat panggilan tepon dari Dr Tina. Kononnya Momoy mengamuk. Dahlah meeting dengan M&E, C&S engineer dan wakil Dato’ Lim Boon Sho. Gabra.. gabra..

Dr.Tina : Zana, can u please come over after work? We’re having problem to feed her medicine la..
Aku : Erk ark.. erk.. ark.. ark.. (kelam kabut sebab nak kena masuk meeting!)

Lepas tu, punyalah aku hilang konsentrasi dalam meeting. Aku pun tak ingat apa yang aku bincangkan dalam meeting tu. Tapi benda terakhir yang aku ingat, aku kelam-kabut kuar opis awal sebaik je meeting abis. Selamba je aku cakap kat manager aku, “I have an emergency. Gotta leave now!” Mesti bebudak opis ingat ntah apa emergency yang melanda aku. Padahal, kucing aku mengamuk kat vet tuh gegara takmo makan ubat. Keh keh keh.. gasak ler.. janji boleh kuar awal..

Semalam pun kena bergegas ke vet pas keje. Dah hilang sabar rasanya bile kena rush here and there.. sakit jiwa dibuatnya. Tu belum sakit kepala dengan tangki minyak keta yang asek2 mintak diisi..

Time2 camni mulalah aku pikir yang bukan2. Tolonglah kuarkan satu inovasi kereta yang menggunakan air! Tapi time tu sure tarif air pulak yang melambung melampau, kan?

Dipendekkan cerita, pas berbincang dengan Dr Tina, Momoy akhirnya dibenarkan keluar. Dok dalam wad tu lama2 pun tak guna sebab semua staff kat klinik tu tak berani nak bukak pintu ‘wad’ dia. Apalagi nak angkat dia dan check perut. Punyalah masam bau dia, sbb takde siapa yang berani nak lap dan bersihkan dia. Habis satu keta bau masam si Momoy. Sampai pagi ni pun masih ada lagi bau tu dalam keta. Tu belum lagi bulu2 dia yang melekat kat seats dan karpet keta. Petang ni kena anta cuci dan vakum keta le nampaknya.

Posting lagi!

Dah lama tak blogging ni, tentu ada antara u all yang bosan menunggu posting baru dari aku (perasaan diri yang perasan fay-mous!). So bagi mengubat kerinduan u all tu, aku tulis la serba skit untuk hari ni.. sebagai pembuka selera u all membaca blog aku yang tak hangat, apa lagi nak suam-suam kuku ni.

Takde apa2 yang berlaku dalam kehidupan harian aku. Pendek kata, takde yang baru tentang aku selain daripada penambahan saiz pakaian. Diulangi, penambahan saiz pakaian!.. Takde kaitan dengan penambahan bilangan pakaian dalam almari baju aku tu, hehehe..

Dan bila sebut tentang penambahan saiz pakaian, u all boleh la bayangkan penambahan benjolan2 dan tempelan2 lemak di tubuh badan aku ni. Muka aku pun dah makin tembam.. Lemak kat perut, takleh nak kata la.. kalau boleh di timbang, mau sesuku dua dari berat badan aku gamaknya.

Huduh! Namun apakan daya, niat nak berjogging di hujung minggu dan bersenam ringan untuk mengurangkan lemak selalu je terbantut di tengah jalan gara2 tahap kemalasan aku yang semakin memuncak di pagi hujung minggu. Aku lebih suka bergulung dan berguling-guling dalam selimut, bertemankan bantal peluk dan 3 ekor kucing yang selalu mengganggu tidurku jika tak diberikan makan.

Selain itu, rumah aku ni jugak mengalami penambahan muatan dan bilangan isirumah. Beberapa bulan lepas, aku baru je menggantikan set perabot baru untuk ruang tamu, dining dan master bedroom. Ini bermakna, aku berjaya menambah hutang credit card yang dah sedia melambak demi mencapai tahap keselesaan yang optimum. Tapi keselesaan tu masih belum dapat dicapai sepenuhnya sebab aku ni kategori perempuan yang malas nak mengemas rumah. Lebih2 lagi kalau sepah2 tu bukan daripada aku, tapi daripada kucing2 buas yang 3 ekor tu. Hish, malas gile!

Dan isi rumah aku dah pun bertambah. Kalau nak dikira dengan jari, kalau termasuk jari2 kaki pun tak cukup, kena pinjam jari org lain. Begitulah havoc dan meriahnya rumah aku kalau u all nak tau, sejak bertambahnya bilangan pets aku secara tak sengaja..

Alamak, manager aku dah jeling2 la pulak.. Kacau! So, gtg for now! ;)

Hi Everybody! I’m Home!!

Blogging Again ;)
Blogging can be simply addictive. Especially to someone who is full of words. Emm, but please excuse all the grammatical errors ;) I’m still improving my English to a better level.

What’s new about me? Hmm.. let’s see… Owh, i’ve filtered my previous posts! I actually deleted it! Hah :D i think that’s the best way to forget the pasts - stop reading them and stop remind myself about who I was. Since i’m a forgetful person, living without diary and deleting my old blog is the best way to forget the pasts! I’ve expressed too much personal emotions and depressions in my old blog. So now, i’m starting a new blog.. A very new one, i promise!